Awal hayat Rifa'ah at-Tahtawi

Kegabenoran Suhaj di Mesir. Kota Tahta yang menjadi tempat kelahiran Rifa'ah, berada di kegubernuran ini.

Rifa'ah at-Tahtawi lahir pada 15 Oktober 1801 M di kota Tahta, Mesir terletak di selatan tebing barat sungai Nil. Keluarganya dari kalangan bangsawan di mana ayahnya Rafi' at-Tahtawi datang dari keluarga keturunan Husain bin Ali sehingga bergelar Sayyid manakala ibunya Fatimah binti Shmada nak kepada Syeikh Ahmad Al-Farghali, seorang ulama keturunan suku Khazraj Madinah.[8]

Pada usia 4 tahun, keluarga Rifa'ah menjadi serba miskin dek perampasan semua harta mereka seiringan dasar percukaian khudaywi Muhammad Ali Pasya yang begitu tinggi demi membayar rugi peperangan hingga sangat membebankan lingkungan masyarakat Mesir-Sudan;[9][10] Rafi' memindahkan keluarganya ke Girga agar dapat bersama ibu bapanya saat Rifa'ah berusia dua belas tahun; mereka kemudiannya berpindah-randah ke Kota Qina dan Farsyut lalu akhirnya Rifa'ah memutuskan kembali ke Tahta untuk tinggal bersama seorang bapa saudara belah ibunya.[11] Pada ketika ini jugalah beliau mula menghafal ayat-ayat Al-Qur'an sampai khatam di Tahta pada usia 16 tahun.

Di Tahta, beliau mempelajari dalam-dalam banyak jurusan pendidikan agama seperti pelajaran fekah, akidah, nahu dan saraf bersama bapa saudara tersebut. Pada tahun 1817, Rifa'ah memutuskan untuk berangkat ke Kaherah untuk melanjutkan pengajian di Universiti al-Azhar; beliau diceritakan mengambil masa dua minggu berlayar ke hilir sungai Nil. Pada tahun sama keberangkatannya juga beliau mendapat khabar kematian ayahnya.[12]

Rujukan

WikiPedia: Rifa'ah at-Tahtawi https://www.rem.routledge.com/articles/al-tahtawi-... https://www.britannica.com/biography/Rifaah-Rafi-a... http://lib.ui.ac.id/file?file=digital/20273534-S43... https://repository.uinjkt.ac.id/dspace/bitstream/1... http://digilib.uinsby.ac.id/21592/ http://digilib.uinsby.ac.id/38224/2/Mukhibatul%20K... https://drive.google.com/file/d/1P1IZduHaa_EeybnZx... https://drive.google.com/file/d/1ORAe0hxa-_wzHk6nO... https://drive.google.com/file/d/1NPXQfH9f2iSwsIabm... https://drive.google.com/file/d/1NuykUBtdqrBPj7b6O...